2011-07-14

Actually aku anggap kau ni macam weeds je, tapi still bukan sampah.

weeds yang aku maksudkan bukanlah marijuana yang biasa trend sekarang korang tabur dlm sisha macam garam kasi naik umph. weeds adalah rumput terbiar.dlm laut orang panggil rumpai. mampuslah apa maksud dia sebab aku tahu sesape yg baca ni pun faham.

aku anggap kau macam rumput terbiar tapi bukan sampah maksudnya, kau masih lagi ada function wujud kat bumi ni. takdelah menyusahkan mak bapak, menyusahkan masyarakat, meyusahkan pemimpin, menyusahkan alam sekitar. tapi kewujudan kau still menyusahkan sesetengah pihak .

senang cerita kau tgk pokok renek bila kau siram siram air, bagi baja dekat sebelah pokok renek itu mesti ada berciput-ciput tumbuhan pelesit yang aku isytihar mereka sebagai weeds. suka tumpang orang, menyushakan orang nak buat kerja. itu analoginya.

contohnya pulak macamni. BERSIH 2.0. satu Malaysia dah tahu. bermacam-macam pendapat ada. positif dan negatif. bagi aku bersih 2.0 ni ada gunanya jugak. daripada situ sebenarnya kita boleh nampak dan selidik keadaan pemikiran masyarakat malaysia sekarang khususnya belia dan dewasa.Tentang bagaimana pandangan mereka terhadap pemimpin dan sejauh mana pemikiran mereka (termasuk aku lah) nampak positif dan negatif bersih 2.0 ni. Macam apa yang korang selalu baca dan nampak dekat paper,magz, blog dan text dokumen serta wikipedia(dah masuk doh) tentang bersih 2.0 ni, aku malas sentuh bab itu. aku lebih suka sentuh tentang corak pemikiran mereka-mereka yang taksub, terlampau ambil tahu, buat-buat tahu, rasa-rasa macam tahu, dan agak-agak betul la pengetahuan mereka tentang pergerakan bersih 2.0 ni.[ status aku pun : rasa-rasa macam tahu ]

2 jenis video yang agak viral di youtube sekarang.

pertama pandangan pakcik depan sogo.

cerita sebenar disebalik perhimpunan haram bersih 2.0

siapa sokong pacik sogo angkat tgn kanan, siapa sokong video kedua, angkat tgn kiri.



dan sekarang, siapa sokong goverment-tgn kanan, siapa sokong pas.pkr,dap-tgn kiri.

boleh cekup tak apa aku nk cakap sekarang? macamni:

pegangan dan pendapat masyarakat Malaysia kini, lebih tertumpu pada masalah dan isu yang ditimbulkan secara umum. lebih ringkas kalau kau buat salah, satu kawasan kau bersalah..senang cerita bila nordin mat top main bom, semua orang islam terer main bom (termasuk aku) . lebih kurang macam tu lah. tiada selidikan dibuat. masih ramai yang saling cuba mempersalahkan orang lain, tanpa cuba negotiate atas kertas, atas meja, berdakwatkan hitam dan merah.tanda setuju atau bantah. contoh utk kes bersih ni kalau polis salah, seluruh polis satu negara salah, bn salah, umno salah,perkasa salah dan rosmah mansor je betul. begitu jugalah sebaliknya.

mengaku kesalahan akan digembar-gemburkan satu malaysia, kalau bertahan dikata menegakkan benang yang basah. bagi aku, mana-mana pun boleh kalau itu yang hak. jgn takut utk dimusuhi kerana setiap yang baik sentiasa dimusuhi, setiap yang hak tidak sempurna tanpa panduan AL-Quran dan Hadith. itu kesimpulan umum aku.

dan bersih2.0 ni bagi aku, bukan sampah sebab.
1) boleh nampak status pemikiran dan ilmu rakyat macam mana
2) pergerakan politik semasa semakin diambil tahu oleh golongan muda
3) institusi kerajaan semakin serius dalam mengambil tahu hal-hal yg dianggap sinis selepas rakyat bising sana-sini.
4) aku boleh ketawa bila orang masih berbalah tentang hal ini dan dikaitkan dengan ambiga, anuar, dan pkr. kalau dah licik tu, memang akan licik lah sampai bila-bila. tapi bila ada secebis yang baik itu, kita ambil. apa yang diseru dlm 8 usul bersih dlm memorandum tu betul, tp mcm ap pakcik dpn sogo ckp.. kalau aku dtng  jerit jerit bawak member,buat muka tungkik (muka bajet ganas)  pondan lorong haji taib pun menangis terlolong( exaggerate sikit) .

jadi-aku harap, dgn isu macam bersih ni, rakyat semakin sedar utk membaca, mengkaji sejarah ilmu sejarah apa pentingnya sejarah, ambil tahu kes-kes dlm dan luar negeri, kenal semua pempimpin even depa bukan ADUN kawasan korang tempat nak mintak duit, kalau tak bagi di panggil tan sri bakhil.

pandai-pandai sedar.

No comments: