2011-03-30

lagi cerita orang tak reti syukur.

aduh, seronok sebenarnya. sebab aku memang rasa hidup ini penuh dengan keseronokan.pandai set otak biar benda celaka pun boleh jadi seronok. haha

keseronokan kali ni berpunca daripada keluhan resah gelisah golongan-golongan yang tak dapat pilih bilik kegemaran, bilik tu dah confirm-confirm dapat. cuma bukan bilik pilihan.


cerita luar negara- budak-budak tak berumah dan tak ber mak bapak susah payah fikir tempat untuk berlindung hanya utk teruskan hidup yg kais pagi makan pagi, kais petang tak makan, puasa je lah. keluar-kelua rumah, terus kena bom. mati lah depa. camtu jer.

aku pantang bila orang main-main cerita pasal agama.gebang letop itu ini, tapi konsep penting dipandang remeh. lagi-lagi tunjuk alim, tunjuk warak. tapi bila ada geng, tukar balek identiti.talam bermuka-muka

kalau macamtu, baik tak payah nak tunjuk segalanya keimanan kat warga kolej melalui medium fb itu.

kecewa, dalam keseronokan.

-masih cuba belajar lagi erti syukur-

2011-03-24

alamak.

aku rasa macam dah seskema george sororors.

mungkin lepas ni memang betul perut akan boncet, kaki jadi pendek, spek mata kuasa 400 lebeh.

cakap gelabah, kaver ayu, konon kachak.

oh, aku philophobia.. dan jiwa kosong semula. terima kasih!

^_^

2011-03-21

PENYESALAN..

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : 
"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa." 
PENJELASANNYA 
Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya. 
Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak. 
Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu. 
Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut  keuntungan -keuntungan yang abadi

2011-03-18

IT TAKEs DISASTER TO LEARN A LESSON.

and i've learned mine.

and ive had enough.

time to hike back to the top, even though after several stairs, ive stumbled down.

this time,

i will stand up all by myself.

truthfully,
-SL666-

pemikiran.

aku tahu tunjang pemikiran adalah akal.
aku tahu tunjang akal adalah fokus.
aku tahu tunjang fokus adalah ketenangan.
dan aku juga tahu tunjang ketenangan adalah cinta.

mengapa cinta?

aku bukan spisis makhluk jiwang.
bahkan aku tak suka tengok drama tipikal,air mata buatan!.
titisan-titisan palsu yang menggamit sekelumat daging bergelar hati.
ya!
hati bisa ditipu.hati bisa dicalar.
hati bisa diguris. hati bisa dilukai. itu lumrah. itu perasaan. bukan mainan.
tapi,
bila orang-orang kita yang azalinya cintanya mula pada nama,
dan kembangnya pada jiwa,
ditebuk oleh anasir-anasir cetusan puaka-puaka dan dewa-dewa durjana,
itulah penyebab, orang-orang kita telah salah ertikan definisi cinta!

5 rukun islam dipegang,
6 rukun iman dijunjung.
hatta, sekalian juwita dan jejaka belum mubaligh dah hafal ini semua!
si polan BIN si polan,BINTI si polan.
bin dan binti atas nama. cinta pada keluarga.
keluarga punya salasilah, berpunatkan islam juga!

bila konsep cinta itu disalah maknakan, bibit-bibit nafsu menular di segenap pelusuk jiwa.
kata-kata sekadar mainan.kata-kata dikasetkan dalam lagu-lagu berirama syahdu.
orang-orang kita hafal,
orang-orng kita hayati inti melodi-melodi berteraskan apa yg mereka namakan
C.I.N.T.A!!

dulu aku faham, tapi aku tak tahu nak bahaskan macam mana.
dulu aku faham, tapi aku tak tahu nak ungkapkan,bagaimana?
dulu aku faham, tapi aku tak tahu asbabnya, kenapa?

dulu,semua ini masih pudar, tapi kini aku sudah sedar!

aku cinta akan Dia, pencipta Yang Maha Agung, Maha Kaya, lagi Maha Esa.
aku cinta pada mereka, peneguh iman, pendidik kalbu, membujuk nuansa, menititskan mani dan darah,
membentuk aku, pejuang bangsa.
aku cinta pada teman, pada sahabat yang faham erti ilmu, yang berkongsi pengalaman, untuk tatapan
dan disampaikan pada teman-teman yg masih leka..

dan aku ,seperti para jejaka berhalkum dewasa,
juga cinta pada dia, tapi belum dilunaskan dalam bentuk istilah dan bahasa.
bila kena pada masa, pasti ku ungkapkan lafaz ini, pada si dia.

lenyapnya besi kursani dalam tubuhku!
bisa ular kapak mengalir dalam tubuhku,
kalimah syahadah menjadikan aku,
dan Muhammad menjadi ikutanku.

aku sudah leka agak lama.
wujudnya perasaan ini pada si dia dan tingkah-lakunya, sedikit-sedikit buat aku sedar.
Namun, berita gembira atau sedih sudah tertulis di Luh Mahfuz.
Usaha dan tawakal menjadi wawasanku, kecekalanku, dan pedomanku.
Tua atau Muda bukan ukuran, tapi pegangan, pengalaman dan pemikiran,
itulah yang aku kagum dan pandang tinggi,dijadikan sebagai tauladan.

InsyaAllah..